SPONSORED ADVERTISEMENT

Wednesday 11 June 2014

Antara tulisan saya yang terdahulu di Utusan Malaysia yang boleh dibaca dengan carian nama saya di UM.

Jangan jadi generasi kerengga Oleh Syed Mazlan Syed Mat Dom. PENERAPAN nilai-nilai murni kepada generasi muda perlu digerakkan sepanjang masa. Kegagalan kita untuk menerapkan nilai murni ini menyebabkan segala perkara yang tidak disangka sama sekali boleh sahaja akan terjadi.Bak pesanan orang dulu-du
utusan_malaysia/Rencana - 26/05/2014
Cegah bajet menjadi kempis selepas Hari Raya Oleh SYED MAZLAN SYED MAT DOM. Bahagian Akhir. SATU lagi fiil yang tak kurang juga mengundang bahaya untuk mudah kering kocek adalah kegemaran membeli gajet terkini dengan kerap. Dunia yang serba canggih kini membuatkan banyak keluaran gajet terkini serta promosi yang heb
utusan_malaysia/Rencana - 12/08/2013
Bukti kerajaan prihatin. UNTUK beberapa hari lalu, terpapar berita mengenai keputusan Kerajaan Pusat yang akan mewajibkan bakal pengantin beragama Islam menjalani ujian saringan HIV mulai tahun 2009. Pelbagai reaksi muncul.Jika kita semak kembali, ujian saringan HIV sebenarnya bukan lagi merupakan
utusan_malaysia/Forum - 26/12/2008
Penguatkuasaan bersepadu bendung salah guna VOA. Oleh syed mazlan syed mat dom. visa Waktu Ketibaan atau Visa on Arrival ( VOA ) telah disalah guna oleh hampir 30 peratus daripada pelancong yang melawat Malaysia. Ini satu angka yang cukup membimbangkan. Sejak kemudahan ini diperkenalkan pada 1 September
utusan_malaysia/Rencana - 27/11/2008
Berpijaklah di bumi nyata. SELEPAS 51 tahun merdeka, perkembangan ekonomi orang Melayu masih belum begitu menggembirakan. Laporan Penyiasatan Isi Rumah (HIS) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2007 yang disiarkan kelmarin telah membuktikannya.Jika kita meneliti satu persatu perangkaan yang dipaparkan yang melibatkan
utusan_malaysia/Forum - 13/11/2008
UMNO,MIC,BN. Perkukuhkan strategi jana kemenangan BN. BARISAN Nasional (BN) bakal berdepan dengan pilihan raya kecil sekali lagi. Kali ini di Bagan Pinang - kawasan yang dikatakan kubu kuat parti pemerintah ini.Namun percaturan di atas kertas dan perjuangan sebenar adalah dua situasi berbeza. BN perlu bertinda
utusan_malaysia/Rencana - 05/10/2009
OPINION: Strengthen the strategy to ensure BN’s victory. BARISAN Nasional (BN) will face another by-election. This time in Bagan Pinang – a state constituency said to be the government’s stronghold.However, what is on paper and the real test on the ground is two different situations. BN must put a
themessenger/Features - 05/10/2009
kemalangan. Bahana kemaruk SMS. Oleh SYED MAZLAN SYED MAT DOM Penulis ialah Pensyarah UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.. KECANGGIHAN teknologi berada di mana-mana. Sesuatu yang dulunya tidak pernah terfikir, kini sudah pun menjadi kenyataan.Antara yang paling diminati ialah khidmat pesanan ringkas atau SMS. Ia cuku
utusan_malaysia/Rencana - 28/01/2009
kemalangan. Hayati makna sebenar Ops Sikap. Oleh SYED MAZLAN SYED MAT DOM PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.PADA hujung minggu ini, bermula dari petang Khamis bagi sesetengah negeri dan petang Jumaat bagi negeri-negeri yang lain, dijangkakan lebih dua juta k
utusan_malaysia/Rencana - 22/01/2009
lebuh raya,kemalangan. Tetapkan had laju minimum. Oleh SYED MAZLAN SYED MAT DOM. Kenapa berlakunya kemalangan di jalan raya? Mari kita lihat satu persatu. Tidak dinafikan kecuaian manusia dan masalah teknikal kenderaan adalah penyebab utama. Tetapi di sebalik faktor mikro itu, terdapat banyak faktor makro
utusan_malaysia/Rencana - 07/10/2008
Terap budaya kunjung-mengunjung. Oleh SYED MAZLAN SYED MAT DOM. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan tahunan yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menyambut kedatangan bulan Syawal dan menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Ia juga bermakna telah selamat umat Islam menjalani ibadat puasa selama sebulan.
utusan_malaysia/Rencana - 03/10/2008
Ibu bapa, guru perlu kompromi. Pendapat MASIH menjadi isu hangat ketika ini mengenai keterlaluan guru mendisiplinkan murid. Memang diakui beberapa guru agak terlebih dalam usaha untuk memberikan pengajaran supaya pelajar jagaan mereka tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan.Tetapi janganlah sampai k
utusan_malaysia/Rencana - 26/07/2007
Peluang membaiki diri dalam SSM. Untuk kesekian kalinya, penjawat awam di Malaysia akan menikmati satu lagi skim saraan edisi terbaru yang tampaknya lebih komprehensif dan memberangsangkan. Bermula dengan semakan Skim Gaji Kabinet 1976, kemudian disusuli de-ngan Sistem Saraan Baru (SSB) dan kini akan digant
utusan_malaysia/Rencana - 21/10/2002

Jadikan contoh kejayaan pasukan Jepun, Korea. Saudara Pengarang, PERBINCANGAN mengenai bola sepak menjadi hangat semula apabila Perdana Menteri kita menyuarakan keresahan hatinya mengenai kemajuan sukan itu semasa Pembentangan Bajet 2003 tempoh hari.Menurut Datuk Soh Chin Aun dalam temu ramah dengan
utusan_malaysia/Forum - 14/10/2002

Antara tulisan saya yang terdahulu yang pernah tersiar di akhbar Berita Harian ..boleh di beli dari News Image Bank, BH

 BH - May 29, 2014 - Generasi kerengga mudah lupa pengorbanan orang dahulu
Top
 BH - Apr 30, 2009 - Selesema babi wajar jadi iktibar
Top
 BH - May 2, 2009 - Kesedaran menabung rakyat Malaysia masih rendah
Top
 BH - Sep 22, 2010 - Syor had kelajuan minimum di lebuh raya
Top
 BH - Feb 13, 2009 - Valentine's Day hari rai kejayaan pahlawan kafir kalahkan Islam
Top
 BH - Feb 17, 2009 - Pendekatan serba sederhana, ikhlas mampu pikat pengundi
Top
 BH - Mar 18, 2009 - Umno kena perbetul persepsi orang Melayu
Top
 BH - Jan 17, 2009 - Kemaruk SMS ketika memandu undang padah
Top
 BH - Jan 31, 2009 - Belanja berhemah ketika kegawatan
Top
 BH - Dec 17, 2008 - Ambil bakat baru tingkat mutu bola sepak
Top
 BH - Dec 12, 2008 - Pasukan `tangkap muat' punca kelemahan bola sepak negara
Top
 BH - Dec 13, 2008 - Majikan kena ambil langkah proaktif tangani kes sijil sakit tipu

Generasi kerengga mudah lupa pengorbanan orang dahulu

Headline: Generasi kerengga mudah lupa pengorbanan orang dahulu
Publication: BH
Date of publication: May 29, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 037
Byline / Author: Oleh Syed Mazlan Syed Mat Dom


Penerapan nilai murni kepada generasi muda perlu digerakkan sepanjang masa. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan segala perkara yang tidak disangka boleh sahaja terjadi.

Antara nilai murni yang patut ada dalam kalangan generasi muda adalah sikap usul periksa dan tidak mudah percaya membabi buta, menghormati yang lebih tua, berpengalaman serta banyak membuat jasa dan tahu untuk berterima kasih kepada bantuan, pertolongan mahu pun pemberian orang. Nila murni itu sudah semakin pupus dalam kalangan sebahagian generasi muda hari ini.

Generasi muda tidak harus melatah dan terpengaruh dengan ayat klise kebebasan hak manusia, kebebasan bersuara dan kebebasan memilih dalam apa juga perkara. Perkataan seperti rasuah, kroni, tidak telus dan tidak cekap dalam pentadbiran atau sebagainya hanyalah momokan mencari sokongan oleh pihak yang memberi alternatif.

Malangnya, ciri-ciri yang diberikan ini diguna pakai sebagai penilaian dalam menilai pemerintah sahaja, tetapi tidak turut dipakai apabila menilai golongan alternatif berkenaan.

Ayat klise jadi buah mulut, ikutan

Sejak dari zaman kanak-kanak lagi generasi ini telah di ajar dan diprogramkan ke dalam minda mereka supaya berfikiran sedemikian. Bahkan, ayat klise itu tadi menjadi buah mulut dan ikutikutan tanpa pengertian yang mendalam terhadap bagaimana untuk mempraktikkan dan di kala mana ia perlu dipraktikkan.

Kebebasan bersuara, hak asasi manusia, kami pembayar cukai adalah antara ayat yang menjadi pujaan semasa. Seolah-olah ia satu fahaman baharu yang merentasi agama dan budaya serta norma kehidupan seharian. Habis melatah semua anak muda. Hasilnya, maka terkinja-kinjalah mereka di sekitar pasar raya, bandar raya dan jalan raya.

Janganlah jadi seperti kerengga, sekali tersauk bagai di rasuk. Menyerang musuh tanpa kajian, usul periksa dan tanpa perbandingan. Generasi kerengga ini juga begitu taksub akan ketuanya. Apa yang tidak kena kepada orang lain semuanya betul belaka. Tak perlu untuk disemak buat kali kedua, tetapi apabila terconteng ke batang hidung sendiri, ia perlu segera dinafikan.

Pengikutnya memang tak mahu nak percaya. Malah sudah di ajar supaya jangan percaya kepada apa juga khabar berita yang tidak elok mengenai kumpulannya.

Generasi kerengga juga terlalu sukar untuk menghormati pandangan dan pendapat mereka yang lebih tua. Ini kerana kepada mereka siapa dahulu yang memakai pampers adalah lebih relevan pada ketika ini daripada siapa dahulu yang memakan asam dan garam. Kiasan lama itu bagi generasi kerengga sudah lama lapuk di telan zaman.

Generasi kerengga juga amat sukar untuk berterima kasih kepada orang lain hatta kepada negara sekalipun. Cuba kita lihat kerengga. Dalam keluarga semut dialah yang paling cantik. Dengan warna kuning-kekuningan merah-kemerahan, dialah semut paling comel. Di tambah pula dengan pinggangnya yang ramping, dialah yang paling seksi. Tetapi perilakunya, jauh sekali dari menjadi cerminan dirinya yang anggun dan seksi itu. Perhatikan, apabila membuat sarang di sebatang pohon mangga di depan rumah kita, dia akan menjadi raja dan bermaharajalela di sana.

Tidak tahu berterima kasih

Apabila cuba didekati, atau cuba kita cerobohi kawasan mahu pun sarangnya, usahkan binatang lain, tuan pokok dan tuan tanah yang ditumpanginya pun akan digigit sehabis daya. Begitu sekali tidak tahu berterima kasihnya kalau mahu dianalogikan generasi kerengga ini.

Kiasan yang boleh di buat di sini adalah seperti anak yang diberikan peluang menimba pelajaran, diberikan kasih sayang, kemudahan bergerak, kemudahan perhubungan, kemudahan kewangan, kehidupan selesa, malah di bantu untuk mendapatkan pekerjaan oleh kedua-dua ibu bapanya, apabila sudah dewasa dan menjadi orang berada sanggup berkata, ibu ayah tidak jujur, ibu ayah tidak telus dan tidak cekap dalam pentadbiran keluarga. Ada kroni dan pilih kasih dalam keluarga lalu membawa diri keluar dari rumah dan mencari keluarga angkat yang dirasakannya lebih jujur dan lebih baik dalam segala aspek.

Lalu dia mendambakan diri kepada keluarga angkatnya dan berkata: "Saya tidak membelakangi ayah ibu kandung saya, sebab ayah ibu saya tetap kekal ibarat kekalnya sesebuah negara. Saya tetap taat dan sayang kepada ibu dan ayah saya. Namun, saya rasa jasa ibu ayah saya ini tidak perlu dikenang dan dibalas jasanya kerana itu memang tanggungjawab mereka, ibarat tanggungjawab negara kepada rakyatnya".

Inikah generasi baharu yang kita mahu? Inikah pemuda-pemudi pelapis yang kita ingin didik dan lahirkan? Sadis sekali jika kita memikirkan bahawa generasi kerengga inilah yang bakal mentadbir negara. Apa akan jadi kepada negara ini pada ketika itu?

Inilah doktrin baharu yang sedang diserapkan oleh pihak pendokong alternatif. Dengan mempersoalkan sejarah tanah air, menjadikan undang-undang sebagai bahan permainan dan momokan dengan tujuan untuk mendidik generasi muda supaya bersifat seperti kerengga. Supaya generasi ini menjadi generasi " sorry, no thank you for you".

Tidak perlu disanjung usaha pemerintah yang ada. Tidak perlu dikenang segala jasa datuk nenek moyang mereka. Kerana anda adalah anda. Generasi kerengga ini jika berterima kasih pun setakat hanya pemanis bibir.

Melihat pula di laman siber, bekas pemimpin negara malah pemimpin semasa diselar malah dipersenda. Yang memberi komentar rata-ratanya generasi muda. Jika sekali-sekala kita terfikir bahawa kita ini seorang yang tidak pandai berbudi bahasa, janganlah kecewa sebab di alam siber terdapat berpuluh ribu yang lebih biadap daripada kita. Inilah generasi kerengga, hasil didikan alternatif semasa.

Generasi buta sejarah

Generasi kerengga juga adalah generasi buta sejarah. Tidak minat untuk mendalaminya kerana telah dipesongkan pemikiran bahawa kononnya sejarah negara sudah lama di manipulasi oleh pihak pemerintah negeri.

Persoalannya, kenapa orang muda yang berpotensi besar menjadi generasi kerengga? Mudah sekali jawapannya. Fokus utama pihak yang berkenaan adalah menyasarkan generasi muda yang mudah dibentuk corak pemikirannya. Begitulah juga yang dibuat oleh komunis pada waktu dahulu. Anak muda, anak sekolah dan kanak-kanak menjadi sasaran utama mereka. Joseph Stalin digilai dan dijadikan ikon oleh generasi muda pada zamannya.

Sebagai kesimpulannya, pihak berwajib harus sentiasa peka dan perlu membanteras segera segala usaha yang digerakkan oleh kumpulan tertentu ke arah pembentukan generasi kerengga ini. Sesungguhnya, keperluan untuk generasi muda di luar sana menidakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada statistik terkini keahlian generasi kerengga amatlah di hargai. Adalah lebih baik mencegah daripada berpeluh sakan menanggung musibah.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan Pengurusan Perniagaan, UiTM Melaka

Jangan jadi generasi kerengga

Jangan jadi generasi kerengga

 
PENERAPAN nilai-nilai murni kepada generasi muda perlu digerakkan sepanjang masa. Kegagalan kita untuk menerapkan nilai murni ini menyebabkan segala perkara yang tidak disangka sama sekali boleh sahaja akan terjadi.
Bak pesanan orang dulu-dulu, ilmu agama penuhkan di dada, kemudian pergilah kamu berhijrah atau merantau berkelana ke mana jua. Nescaya diri akan selamat dan berupaya menepis segala godaan yang datang. Hidup tidak akan susah, niat tidak akan berubah malah segala kerja dapat dipermudah.
Antara nilai-nilai murni yang patut ada dalam kalangan generasi muda adalah sikap usul periksa, bukan senang percaya membabi buta. Nilai kedua yang perlu dipunya, adalah sikap menghormati pada yang tua yang lebih berpengalaman dan banyak membuat jasa. Nilai murni yang ketiga, adalah perasaan tahu untuk berterima kasih kepada bantuan, pertolongan mahu pun pemberian orang kepada kita.
Inilah tiga nilai murni utama yang penulis rasakan sudah semakin pupus dalam kalangan sebahagian generasi muda kita hari ini.
Generasi muda tidak harus melatah dan terpengaruh dengan ayat-ayat klise kebebasan hak manusia, kebebasan bersuara dan kebebasan memilih dalam apa jua perkara. Perkataan-perkataan seperti rasuah, kroni, tidak telus dan tidak cekap dalam pentadbiran atau sebagainya hanyalah momokan mencari sokongan oleh pihak yang memberi alternatif .
Malangnya, ciri-ciri yang diberikan ini hanya diguna pakai dalam menilai pemerintah sahaja. Kenapa ciri-ciri penilaian ini tidak turut dipakai sama apabila menilai golongan alternatif lain? Di sini pun sudah ada double standard. Ayat dan perkataan ini hanya sah laku untuk menilai kerajaan. Tidak pula diguna pakai untuk menilai pihak lain.
Sejak dari zaman kanak-kanak lagi generasi ini diajar dan diprogramkan ke dalam minda mereka supaya berfikiran sedemikian. Bahkan, ayat-ayat klise itu tadi menjadi buah mulut dan ikut-ikutan tanpa pengertian yang mendalam terhadap bagaimana untuk mempraktikkan dan di kala mana ia perlu dipraktikkan.
Kebebasan bersuara, hak asasi manusia, kami pembayar cukai adalah antara ayat-ayat yang menjadi pujaan semasa. Seolah-olah ia fahaman baharu yang merentasi agama dan budaya serta norma-norma kehidupan seharian di pelosok nusantara. Habislah melatah semua anak muda. Hasilnya, maka terkinja-kinjalah mereka di sekitar pasar raya, bandar raya dan jalan raya.
Janganlah jadi seperti kerengga, sekali tersauk bagai dirasuk. Menyerang musuh tanpa mengkaji, usul periksa dan tanpa perbandingan segala. Generasi kerengga ini juga begitu taksub akan ketuanya. Apa yang tidak kena kepada orang lain semuanya betul belaka. Tak perlu untuk disemak buat kali kedua. Tetapi apabila terconteng ke batang hidung sendiri, ia perlu segera dinafikan. Ini pihak ketiga empunya kerja. Pengikutnya memang tak mahu hendak percaya. Malah sudah diajar supaya jangan percaya kepada apa juga khabar berita yang tidak elok mengenai kumpulannya.
Generasi kerengga juga terlalu sukar untuk menghormati pandangan dan pendapat mereka yang lebih tua. Ini adalah kerana kepada mereka siapa dahulu yang memakai lampin bayi pakai buang adalah lebih relevan pada ketika ini daripada siapa dahulu yang memakan asam dan garam. Kiasan lama itu bagi generasi kerengga sudah lama lapuk di telan zaman.
Generasi kerengga juga amat sukar untuk merasa berterima kasih kepada orang lain hatta berterima kasih kepada negara sekalipun. Cuba anda lihat semut kerengga. Dalam keluarga semut dialah yang paling cantik. Dengan warna kekuningan merah-kemerahan, dialah semut yang paling comel. Ditambah pula dengan pinggangnya yang ramping, dialah yang paling anggun dalam kalangan semut-semut yang ada. Tetapi perilakunya, jauh sekali dari menjadi cerminan dirinya yang anggun itu.
Perhatikanlah, apabila dia membuat sarang di sebatang pohon mangga di depan rumah kita. Dia akan menjadi raja dan bermaharajalela di sana. Apabila cuba didekati, atau cuba kita ceroboh kawasan mahu pun sarangnya. Usahkan binatang lain, tuan pokok dan tuan tanah yang ditumpanginya itu pun akan digigitnya. Begitu sekali tidak tahu berterima kasihnya, kalau mahu dianalogikan akan generasi kerengga ini.
Kiasan yang boleh dibuat di sini adalah seperti anak yang diberikan peluang menimba pelajaran, diberikan kasih sayang, kemudahan bergerak, kemudahan perhubungan, kemudahan kewangan, kehidupan selesa, malah dibantu untuk mendapatkan pekerjaan oleh ibu bapanya. Apabila sudah dewasa dan menjadi orang berada, dia sanggup akan berkata, ibu ayah tidak jujur, ibu ayah tidak telus dan tidak cekap dalam pentadbiran keluarga. Ada kroni dalam keluarga ini. Lalu dia membawa diri keluar dari rumah dan mencari keluarga angkat lain yang dirasakannya lebih jujur dan lebih baik dalam segala aspek.
Inikah generasi baharu yang kita mahu? Inikah pemuda-pemudi pelapis bangsa, pelapis negara yang kita ingin didik dan lahirkan? Inikah jenis anak muda yang kita mahu laburkan wang ringgit kita untuk membesarkannya?
Inilah doktrin baharu yang sedang diserapkan oleh pendokong alternatif. Dengan mempersoalkan sejarah tanah air, menjadikan undang-undang sebagai bahan permainan dan momokan adalah dengan tujuan mendidik generasi muda supaya bersifat seperti kerengga. Supaya generasi ini menjadi generasi “sorry, no thank you for you". Tidak perlu disanjung usaha pemerintah yang ada. Tidak perlu dikenang segala jasa datuk nenek moyang mereka. Kerana anda adalah anda. Generasi kerengga ini jika berterimakasih pun setakat hanya manis di mulut sahaja.
Melihat pula di laman siber, bekas pemimpin negara malah pemimpin semasa turut diselar malahan dipersenda. Yang memberi komentar rata-ratanya generasi muda. Jika sekali sekala kita terfikir kita bahawa kita ini seorang yang tidak pandai berbudi bahasa, janganlah kecewa, sebab di alam siber sana berpuluh ribu lagi yang lebih biadab daripada kita. Inilah generasi kerengga, hasilan dari didikan alternatif semasa. Generasi I follow, gangster, generasi pemaki hamun, generasi mencarut, dan generasi yang suka membangsatkan orang lain terutamanya di laman siber sudah pun kita lahirkan di bumi Malaysia yang tercinta. Generasi kerengga juga adalah generasi buta sejarah. Tidak minat untuk mendalaminya kerana dipesongkan pemikiran bahawa kononnya sejarah negara sudah lama di manipulasi oleh pihak pemerintah negeri.
Persoalannya, kenapa orang muda yang berpotensi besar menjadi generasi kerengga? Mudah sekali jawapannya. Fokus utama pihak berkenaan adalah untuk menyasarkan generasi muda belia yang mudah dibentuk corak pemikiran mindanya. Begitulah juga yang dibuat oleh komunis pada waktu dahulu. Anak muda, anak sekolah dan kanak-kanak menjadi sasaran utama mereka.
Sebagai kesimpulannya, pihak berwajib harus sentiasa peka dan perlu membanteras segera segala usaha yang digerakkan oleh kumpulan tertentu ke arah pembentukan generasi kerengga ini. Sesungguhnya, keperluan untuk generasi muda di luar sana untuk menidakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada statistik terkini keahlian generasi kerengga amatlah dihargai. Adalah lebih baik mencegah daripada berpeluh sakan menanggung musibah.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140526/re_02/Jangan-jadi-generasi-kerengga#ixzz34KPRLnPe 
© Utusan Melayu (M) Bhd