Dunia hari ini,
pelbagai jenama boleh didapati di merata rata. Hampir setiap produk mahupun
perkhidmatan boleh dikatakan semuanya berjenama. Kalimah jenama ini tampaknya semakin
popular hari demi hari.
Terfikir kah
anda, semakin popular terma jenama ini digunakan . semakinsukarlah untuk kita
melihat perbezaannya apabila dikaitkan dengan pengurusan reputasi.
Apakah yang
dikatakan jenama? Sebagai pengguna, jenama ada lah identiti keseluruhan sesuatu
produk atau perkhidmatan. Identiti ini merangkumi penilaian fungsi dan harga
emosi yang akhirnya dapat mewarnakan satu tahap pengertian terhadap produk atau
perkhidmatan itu tadi. Ini seterusnya akan menambahkan nilai tanggapanproduk
berkenaan oleh pengguna atau pun pengusaha berkaitan. Nilai jenama itu sering
berkait rapat dengan perhubungan emosi yang terjalin di antara pengguna dengan
produk, dengan pengusaha atau dengan pekerjanya.
Sesuatu jenama
yang terkenal di pasaran biasanya sudah mempunyai dokongan dalaman yang cukup
mantap melalui strategi penjenamaan dalaman kepada pekerjanya terlebih dahulu
sebelum meluaskan pengaruh ke pasaran luaran.
Kita selalu
berkata, apa juga, siapa juga adalah berjenama. Malah diri sendiri anda juga
berjenama.
Contohnya: Ismail
tidak akan sama dengan Zakaria. Perbezaannya memang banyak. Sama adadari segi
nama itu sendiri, rupa paras, ketinggian, suara, tahap kelulusan akademik dan
banyak lagi.
Begitu juga
dengan perniagaan, syarikat A tidak sama dengan syarikat B, produk A tidak akan
sama dengan produk B. Dari banyak segi kita dapat melihat akan perbezaannya.
Antaranyaadalah kualiti, bahan buatan, cara pembuatan, khidmat selepas jualan
dan spesifikasi teknikal.
Semua perbezaan
ini berlaku kerana setiap perlakuan perniagaan yang dibuat membawa makna yang
berbeza kepada berbilang pengguna.
Untuk mereka
memilih dan menggunakan jenama secara pro-aktif dipercayai akan berjaya
sekiranya penjenamaan itu di operasi kan ke dalam sistem perniagaan itu sendiri.
Bukan sekadar aktiviti pengiklanan dan disasarkan kepada pasaran pengguna di
luar sana tetapi juga perlu diserapkan dan dihayati pekerjanya sendiri terlebih
dahulu.
Jenama sering
dikaitkan sebagai mewakili kualitikhidmat pelanggan, sokongan teknikal, reka
bentuk, tenaga kerja dan produk itu sendiri. Justeru itu, strategi penjenamaan
perlulah bermula dari dalam organisasi terlebih dahulu.
Reputasi korporat
adalah berkaitan dengan jenama. Iatidak
dapat dirasai atau disentuh. Namun kehadirannya adalah menyeluruh di
dalam semua perkara yang akhirnya akan mencerminkan reputasi sesebuah syarikat.
Reputasi yang
dicerminkan bukan sahaja terbit daripada mesej yang dihantar kepada pengguna
tetapi juga merangkumi mesej tanggapan pengguna terhadap syarikat. Di sini,
terlihatlah reputasi dan jenama mempunyai persamaan.
Namun begitu,
terdapat perbezaan yang ketara di antara keduanya. Kejayaan jenama bergantung
pada ketepatan mesej dan konsistensi imej di dalam membina persepsi tersohor di
kalangan pengguna yang di sasar. Manakala kejayaan reputasi lebih meluas kepada
pengurusan tanggapan dan pengharapan pengguna termasuk pengurusan jenama
bersertapengurusan proses yang dilaksanakan.
Jenama yang baik
dapat membantu pembinaan reputasi yang unggul bagi sesebuah syarikat. Jenama
memberikan satu asas yang amat kukuh untuk pengguna menggemari sesuatu firma
atau produknya.
Perbezaan
seterusnya adalah reputasi merupakan konsep yang lebih mudah difahami atau di
mengertikan berbanding terma jenama.
Jenama mempunyai
pelbagai definisi dan boleh dijuruskan kepada pelbagai makna apabila di
interpretasikan oleh pihak yang berbeza. Oleh yang demikian, kadang-kadang
adalah lebih baik menggunakan terma reputasi daripada menggunakan perkataan
jenama untuk melaksanakan sesuatu tugasan apatah lagi jika ia melibatkan
peletakan imej sesebuah syarikat yang baru beroperasi.
Terma reputasi
lebih difahami dan mempunyai daya motivasi dalaman yang tinggi di kalangan
pekerja kerana hampir semua pekerja tidak mahu mempunyai reputasi yang buruk.
Pada masa yang
sama, sekiranya kita hanya bergantung pada reputasi dan mementingkan ia lebih
daripada jenama, risikonya amatlah tinggi. Budaya dan jenama, kejayaan kewangan
dan jenama selalunya berfungsi seiringan dan bergerak secara selari. Kepentingan
jenama tidak boleh di perlekehkan.
Begitu juga,
sekiranya kita hanya bergantung pada kekuatan jenama sedangkan beberapa fungsi
perniagaan yang lain diabaikan dan tidak diuruskan dengan baik sehingga dapat
menjatuhkan reputasi, ini juga tidak bagus.
Tugas ini memang
berat tetapi hasil penyelidikan terdahulu pernah membuktikan jenama dan
reputasi korporat berkait positif dengan kejayaan kewangan sesebuah syarikat.
Oleh yang demikian, di dalam suasana perniagaan hari ini yang bercabaran global
dan sering berada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelaburan anda
menguruskan keduanya adalah berbaloi.
Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDelete