.
Remaja hari ini
merupakan remaja zaman sains dan teknologi. Mereka dilahirkan dan dibesarkan di
tengah- tengah zaman tweeterdan facebook. Mereka adalah juga satu generasi yang
pernah dan akanberhadapan dengan puluhan ribu label, ratusan ribu logo dan
jutaan buah iklan- iklan perniagaan.
Kajian terdahulu
yang pernah dibuat di Eropah ( BrandInsights, TheStar , 19 Oktober 2002 ),
membuktikan bahawa secara hitung panjang remaja pada pertengahan umur 20an
mengetahui sebanyak 400 jenama produk dan perkhidmatan di sekeliling mereka dan
92% daripada pola pembelian mereka menjurus kepada barangan yang berjenama
popular.
Hal yang demikian
menunjukkan bahawa pengaruh jenama begitu kuat terhadap remaja. Sikap ingin
menunjuk-nunjuk “barangan dibeli” yang setaraf dengan latar belakang ekonomi
keluarga mula dipupuk dan menular secara tidak disedari. Mereka berbelanja
lebih daripada yang sepatutnya.
Remaja sanggup
membelanjakan wang untuk mendapatkan sesuatu jenama yang mereka inginkan tanpa
memikirkan kesannya.
Daripada sudut
kepenggunaan, gejala terlalu mementingkan jenama di kalangan remaja ini
merupakan satu gejala yang tidak sihat. Pemberian wang saku yang berlebihan
kepada remaja secara tidak disedari mendidik remaja kepada amalan perbelanjaan
yang kurang baik. Sikap berbelanja boros dan tidak berjimat cermat akan
terjadi.
Bagi ibu bapa
yang terlalu memanjakan anak-anak dengan limpahan wang saku dan kebebasan yang
melampau, perlulah mengambil kira akan hal ini. Pola perbelanjaan mereka perlu
diawasi agar tidak kehabisan kepada telefon bimbit dan gajet berjenama, supaya
tidak terpusat kepada Coolblog, Subway dan Domino Pizza sahaja. Had kebebasan
dan jenis perbelanjaan di kalangan anak-anak perlu diberi perhatian. Dalam hal
ini, peranan dan sikap ambil pusing ibu bapa amat penting.
Ibu bapa harus
peka dan mengambil tahu akan setiap sen yang dibelanjakan dan yang diberikan
kepada anak remaja supaya ia dibelanjakan dengan penuh kebijaksanaan.
Dalam pada itu,
gejala terlalu mementingkan jenama dan corak perbelanjaan yang kurang efisien
di kalangan remaja juga mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem pendidikan
negara( Buletin Perlindungan Pengguna, Julai ,1998 ).Pada masa sekarang, tidak
ada mata pelajaran khusus tentang kepenggunaan diajarkan di sekolah-sekolah.
Keahlian kelab pengguna sekolah, kolej dan universiti bukanlah sesuatu yang
diwajibkan. Hanya yang berminat sahaja yang akan menyertainya dan jumlahnya
pula terlalu kecil.
Justeru, aspek
kepenggunaan perlu dipupuk daripada peringkat awal umur seseorang dan perlu
diterapkan di dalam sistem pendidikan negara. Pendekatan ini akan dapat
melahirkan seorang pengguna dan remaja yang berwibawa dan pintar dalam
mencorakkan perbelanjaannya.
Ibu bapa perlu
menggalakkan anak remaja mereka supaya menyertai kelab-kelab sebegini supaya
mereka dapat belajar dan memahami mengenai pentingnya dan perlunya merancang
perbelanjaan dengan cara yang lebih berhemah. Ketika menjelang musim-musim
perayaan seperti hari raya Aidilfitri dan Krismas, kita akan melihat barangan
berjenama dikejar oleh golongan pengguna muda ini. Kononnya, mereka mahu kelihatan setanding dengan rakan
dan kawan. Buatan murah dan berjenama kurang popular langsung tidak diambil
peduli. Bagi sesetengah mereka, barangan sebegitu ada lah barangan
“lowquality”.
Dalam hal ini,
pendirian mereka tidak harus disalahkan. Bukan silap mereka, dan bukan juga
salah ibu bapa. Hal ini terjadi kerana pengaruh persekitaran. Iklan dan rakan
sebaya mungkin menjadi penyebab dan tenaga pengajarnya. Di pihak ibu bapa pula,
kealpaan dan sikap tidak ambil kesah akan kerenah dan kehendak anak-anak
sedikit sebanyak turut membantu memburukkan lagi suasana.
Iklan memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi remaja supaya membeli dan menggunakan sesuatu jenama
popular. Banyak iklan didapati menggunakan remaja sebagai model promosi dan ini
nampaknya berjaya untuk mengabui mata dan menarik perhatian remaja lain untuk
terpengaruh dan turut sama mencuba. Iklan sebenarnya amat berjaya dalam menarik
minat remaja untuk membeli sesuatu jenama.
Iklan diletakkan
di pelbagai posisi dan imaginasi untuk menggoda perhatian remaja. Hasilnya,
ramai yang terjebak membeli sesuatu yang berjenama mahal meski pun ia bukanlah
suatu keperluan yang mendesak pada ketika dan waktu itu.
Secara amnya,
pengaruh jenama di kalangan pengguna remaja harusdiberikan perhatian daripada
peringkat perkembangan kanak-kanak lagi. Kita tidak mahu melahirkan generasi muda
yang mengagungkan jenama secara membuta tuli tanpa menggunakan rasional atau
penelitian minda untuk menentukan apa yang mahu dibelinya atau apa yang mahu
digunakannya dalam kehidupan seharian. Biar mereka sedar bahawa mereka masih
belum bekerja dalam erti kata sebenar dan setiap wang yang dibelanjakan itu
merekaperoleh secara mudah dari
kedua-dua ibu bapa.
Memang benar,
jenama dikatakan sebagai refleksi kepada jaminan kualiti yang tinggi dan juga
jaminan kepada kepuasan penggunaan kerana kesamaan fungsi seperti mana tahap
yang telah dijanjikan oleh pengeluar namun begitu pengguna sebenarnya harus
bersikap lebih bijak dalam memilih. Membuat pilihan atas alasan dipengaruhi
oleh iklan yang menakjubkan amatlah tidak rasional. Remaja tidak patut untuk
begitu mudah sekali dibuai mimpi oleh iklan produk dan perkhidmatan yang
mempesonakan yang mereka lihat saban hari menerusi media massa tempatan dan
antarabangsa, di internet atau pun melalui papan tanda yang kedapatan di
sekitar bandar.
Perlu ditekankan
bahawa,bahawa slogan “mutu, gaya, keunggulan” yang dicanangkan di dalam
iklan-iklan hanya lah tertumpu pada kualiti produk terbabit, sedangkan sifat si
pemakainya di kalangan remaja bukan lah gambaran sebenar.
Ramai remaja yang
terkeliru dengan iklan-iklan barangan berjenama sebegini kerana dipaparkan
dengan penampilan gaya hidup dan arah aliran fesyen masa kini. Justeru , ramai yang terikut-ikut dan menjadi
pembeli yang bergaya tetapi tidak tepat caranya kerana berbelanja semewah orang
dewasa yang sudah bekerja.
Sebagai
kesimpulan, impak utama jenama ( TeenageMarketingMagazine, edisi UK, ms 19-20,
September 2002 ) terhadap jenama boleh diringkaskan kepada beberapa perkara
seperti berikut:
i.
Jenama
dapat mempengaruhi pola pembelian remaja. Remaja akan terpengaruh untuk membeli
sesuatu yang bukan keperluan utama mereka.
ii.
Jenama
dapat mempengaruhi tata gaya perlakuan remaja. Dalam hal ini dapat dilihat
remaja berkelakuan dan bergaya di luar kemampuan kewangan mereka.
iii.
Jenama
mempunyai impak terhadap emosi remaja secara individu. Remaja yang berkemampuan
mempunyai sedikit rasa “tinggi diri” berbanding dengan yang tidak berkemampuan.
iv.
Jenama
boleh menyokong ke arah pembentukan kumpulan pergaulan. Di sini kita akan dapat
melihat remaja “golongan elit” hanya akan berkawan dengan mereka yang setaraf.
Begitu juga kepada yang kurang berkemampuan, lingkungan pergaulan mereka
hanyalah sesama mereka yang kurang berkemampuan juga.
v.
Jenama
boleh memberi kesan negatif kepada pengurusan kewangan peribadi remaja. Ini
boleh berlaku apabila ada remaja yang mengambil pendekatan : “biar papa asal
bergaya”. Dalam erti kata lain, mereka mahu menjadi idola kepada rakan dan
taulan tanpa mempedulikan keadaan ekonomi mereka yang mungkin sekali berada
dalam keadaandefisit pada ketika itu.
vi.
Jenama
juga mempunyai impak negatifke atas perkembangan minda remaja. Remaja matang
awal sebelum waktunya untuk menjadi benar-benar dewasa. Sudah pandai bergaya
walhal masih belum bekerja, sudah pandai memilih walhal sekolah pun belum
habis.
vii.
Jenama
boleh mendidik remaja menjadi “brandconcious” dan sikap ini akan terbawa-bawa
sehingga ke alam dewasa. Sikap ini sukar untuk dibendung. Sekalipun berjaya,
mungkin ia memerlukan masa untuk mengikisnya.
viii.
Jenama
boleh mendatangkan kesan negatif ke atas ekonomi keluarga. Sekiranya ada ibu
bapa yang sering mengalah dan mengikut kehendak anak remaja, maka situasi
defisit ekonomi rumah tangga ini pasti akan berlaku.
Untuk
mengimbanginya, peranan ibu dan bapa amat di perlukan. Sebagai contohnya,
pengawalan pola perbelanjaan anak remaja perlu dititikberatkan dan nasihat yang
bernas perlu terus diberi bagi menggalakkan mereka supaya berbelanja secara
berpatutan. Hanya dengan cara ini sahaja dapat diimbangi kesan dan pengaruh
jenama terhadap anak remaja. Sesungguhnya generasi remaja hari ini bakal
menjadi pemimpin negara pada masa hadapan dan kita tentunya tidak mahu mereka
dihanyutkan dalam merentasi arus pemodenan yang dikhuatiri minda mereka juga
akan turut terjajah dan tenggelam menjadi mangsa kerakusan persaingan dunia
perniagaan.
thank u ni lah yang saya cari !! penuh dengan fakta dan statistik !!
ReplyDeletethank u ni lah yang saya cari !! penuh dengan fakta dan statistik !!
ReplyDelete