by
MohdHalif on June 4, 2011
Starbuck
sepanjang perjalanan penjenamaan semula
Setelah
beberapa bulan blog ini ditutup.Ia adalah kerana untuk memberi laluan
penjenamaan semula serta nafas baru,muka baru,isi yang lebih baru dan yang
penting berkualiti. Beberapa entry lepas yang tidak berkaitan telah pun saya
padam. Mula-mula saya hendak padam kesemuanya sekali tetapi bila fikir semula
biarlah ia menjadi kenangan yang mana sebelum blog ini diberi nafas baru. Ok!
amacam nafas baru ok tak?:)Kalau anda semua nak tahu sebenarnya bukan blog saya
yang tak terkenal ini saja membuat penjenamaan semula.Malah sebesar-besar
syarikat juga membuat perkara yang sama. Sebagai contoh cokacola,pepsi,starbuck,
KFC, Mcdonald, Adidas,Levis, Nike,Discovery Channel,Pizza
Hut,Xerox,Apple,Proton hinggakan seorang artis juga akan membuat
penjenamaan semula.Pendek kata hampir semua syarikat besar membuat penjenamaan
semula baik kepada nama,logo,tag line,design,warna,tema product,perkhidmatan
dan pelbagai lagi lah.
Persoalannya
apakah penjenamaan dan apakah penjenamaan semula?
“Creative without strategy is called
‘art’. Creative with strategy is called ‘advertising”
Di Malaysia
ramai usahawan tidak menitik beratkan mengenai kepentingan penjenamaan(branding)
apakan lagi penjenamaan semula (Rebranding). Jadi sebenarnya penjenamaan
adalah sangat penting sekiranya anda ingin memasarkan produk atau perkhidmatan
ke arah yang lebih tinggi lagi. Tanpa penjenamaan bagaimana pelanggan boleh
mengingati anda dengan pelbagai ribuan dan jutaan produk di pasaran. Jadi
Apakah pula penjenamaan semula? dalam wikipedia mengatakan penjenamaan semula
adalah mencipta semula nama,simbol,logo,tema atau kombinasi pertukaran dari
mana-mana tadi agar memperkukuhkan lagi jenama tersebut di persada pasaran agar
ia nampak lebih berbeza dari produk sedia ada dan juga produk pesaing lain.
Sebenarnya
penjenamaan semula boleh di aplikasikan untuk barangan yang telah lama
dipasaran,barangan yang tidak mendapat tumpuan dipasaran malah barangan yang
dalam pembikinan lagi. Penjenamaan semula melibatkan berubahan besar seperti
strategik pemasaran,pengiklanan,jualan, dan banyak lagi.
Apakah
kepentingan Penjenamaan semula?
Diantara
kepentingan yang paling utama dalam penjenamaan semula ialah membuat Perbezaan
agar ia lebih Segar,Moden dan mengikut Teknologi serta Trend semasa.Bila mana
sebuah produk sudah terlalu lama dipasaran maka persepsi pelanggan akan
merasakan produk tersebut adalah sama dengan produk pesaingan yang lain. Maka
satu perubahan perlu dilakukan untuk menonjolkan kesegaran dan perbezaan
tersebut. Jadi tidak hairanlah mengapa syarikat gergasi seperti Nike
mengeluarkan modal yang besar sehingga puluhan dan ratusan juta ringgit untuk
mencipta nama dan membuat penjenamaan semula. Mereka percaya dengan
meningkatkan kredibiliti jenama tersebut maka kepercayaan dan keyakinan
pelanggan terhadap produk dan barangan tersebut akan lebih tinggi.Dengan ini
maka,akan memudahkan proses penjualan barangan tersebut dipasaran. Konsep
inilah yang banyak digunakan di Amerika dan Negara-negara Eropah yang lain.
Oleh itu
saya selaku owner kepada blog ini juga melakukan penjenamaan semula. Agar ia
boleh pergi lebih jauh dan berdaya saing dan tidak ketinggalan ditelan dek
kemodenan dan kecanggihan teknologi terkini:) Biarlah ia hanya perubahan yang
tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya ia adalah lebih baik dari yang
semalam. Start Small tidakalah begitu penting.. berbanding Think Big
itu sebenarnya adalah lebih penting.
No comments:
Post a Comment