SPONSORED ADVERTISEMENT

Wednesday 20 June 2012

PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN, PELABELAN, JAMINAN DAN KITARAN HAYAT PRODUK.


Sumber resmi:   http://www.1f1s.com
Di dalam unit ini, kita akan mempelajari apakah yang dimaksudkan dengan penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, jaminan dan kitaran hayat produk.
a)    Penjenamaan
Jenama juga boleh dikenali sebagai nama, istilah, tanda, simbol dan rekabentuk produk atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk membezakan sesuatu produk pengeluar  dengan pesaing-pesaingnya di pasaran.
Terdapat beberapa definisi jenama yang berkaitan dengan konsep penjenamaan iaitu:
 Nama jenama (brand name)                       - ialah sebahagian daripada jenama yang boleh disebut dan mengandungi perkataan, huruf dan nombor seperti Colgate, Proton Saga dan 7-eleven.
        Tanda jenama (brand mark)                        - ialah  sebahagian daripada jenama tetapi dalam   
        bentuk simbol, rekabentuk, warna dan huruf yang unik yang dapat dilihat tetapi tidak boleh
        disebut seperti lambang harimau (Maybank), burung (Celcom) dan singa (F& N).
        Tanda perdagangan (trade mark)             - ialah satu jenama yang telah diterima pakai oleh
        penjual dan telah mendapat kelulusan pendaftarannya mengikut undang-undang untuk
        digunakan oleh penjual secara eksklusif.  Ia juga disebut  sebagai jenama, tanda jenama atau
        kombinasi di antara keduanya tetapi bukan semua jenama adalah tanda perdagangan.  Tanda
        perdagangan yang telah didaftarkan akan mempunyai tanda®, contohnya tape Scoth Brand®
        dan Master card®.

Pemilihan Jenama Yang Baik.
Produk yang menggunakan jenama yang baik dapat menyumbang kepada kejayaan sesuatu produk atau perkhidmatan di dalam pasaran.  Di antara ciri-ciri jenama yang baik ialah:
i)             Menyarankan sesuatu faedah dan kualiti produk.  Contoh: Double A ( kertas A4) dan Pro xtraX  (LCD projector).
ii)            Mestilah senang disebut, dikenalpasti dan diingati.  Contoh: Teh Cameron dan Lux.
iii)           Sangat unik atau berbeza dari produk lain di pasaran.  Contohnya Honda, City Link dan Renong.
iv)           Dapat disesuaikan dengan keluaran produk baru yang bakal ditambah ke dalam lini produk sedia ada. Contoh Pampers, Proton dan Nestle.
v)            Dapat didaftarkan dan dilindungi oleh undang-undang tempatan dan antarabangsa.
 Jenis-Jenis  Jenama.
Syarikat boleh mengklasifikasikan jenama berdasarkan jenis-jenis jenama yang dipilih iaitu:
    
*      Jenama Pengeluar
Pengeluar mempunyai dua pilihan iaitu samada menggunakan jenama individu atau nama keluarga.  Jenama pengeluar adalah jenama yang dipunyai dan dibentuk oleh pengeluar sesuatu produk.  Biasanya menggunakan nama syrikat.  Contoh: Yeo’s, National dan Hitachi.
             *      Jenama Individu.
Setiap produk syarikat yang dijual akan menggunakan jenama yang berlainan.  Kebaikannya adalah, sekiranya produk gagal di pasaran, ia tidak akan menggugat jualan syarikat bagi produk yang lain.  Contoh : Produk sabun syarikat P & G  menggunakan jenama  Dash dan Oxydol.
             *      Jenama Keluarga
                    Kesemua produk syarikat menggunakan jenama yang sama contohnya: peti sejuk
                    Sanyo, kipas angina Sanyo dan penyaman udara Sanyo.  Kelebihannya adalah kos
                     promosi dapat dikurangkan kerana pengguna telah mengetahui tentang jenama dan
                     kualiti produk di bawah jenama tersebut.
              *      Jenama Pengedar
Terdapat banyak syarikat yang tidak berupaya mengeluarkan produk tetapi pakar di dalam pengedaran.  Contoh: Singer dan Besta.  Mereka tidak mempunyai kilang pengeluaran tetapi menjual produk di pasaran menggunakan jenama mereka sendiri.
*      Jenama Generik
Jenama produk yang hanya menerangkan jenis produk itu sahaja, ia tidak ada jenama pengeluar mahupun jenama pengedar.  Contoh: ikan masin, penyapu lidi dan  paku.
                  *      Jenama Kombinasi
 Gabungan jenama keluarga dan persendirian. Contoh:Protan Saga, Proton Wira, Pampers Baby Dry.

Faedah-Faedah Penjenamaan.
               Terdapat beberapa faedah yang diperoleh daripada penjenamaan iaitu:
                 i)Kepada pemasar/pengeluar       
- dapat membentuk kesetiaan pengguna.                                               
- dapat memantu memperkenalkan produk baru.
 ii)Kepada peruncit                              
- dapat menarik pengguna yang suka kepada produk berjenama.
- membaiki imej kedai.
- meningkatkan keupayaan untuk bersaing.
iii)Kepada pengguna
- dapat membezakan produk yang hampir serupa.
-dapat memudahkan belian.
-dapat menunjukkan kualiti dan imej pembeli.

No comments:

Post a Comment