SPONSORED ADVERTISEMENT

Thursday 21 June 2012

AF CREATIVE TAWAR KHIDMAT PENJENAMAAN & PEMBUNGKUSAN

AKHBAR KOSMO!  & Online - 26hb Julai, 2010
Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


KUALA LUMPUR - Reka bentuk dan corak pembungkusan sesuatu produk atau barangan memainkan peranan penting dalam memastikan produk berkenaan mendapat tempat dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Menyedari kepentingan aspek itu, Pengasas AF CREATIVE RESOURCES (AF CREATIVE), Amir Fauzi Hodtelah menubuhkan sebuah entiti perniagaan yang menawarkan khidmat reka bentuk produk khas kepada golongan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di negara ini pada kadar mampu milik.

Beliau menerusi syarikatnya, telah menghasilkan lebih 100 jenis reka bentuk produk pembungkusan barangan untuk setiap peringkat perniagaan termasuk konglomerat sehingga ke usahawan kecil-kecilan.

"Penjenamaan dan pembungkusan produk adalah penting bagi PKS kerana ia memainkan peranan secara langsung dalam meningkatkan saluran pemasaran agar lebih efektif dan diterima pasaran.

"Malah pembungkusan yang menarik juga akan meningkatkan keyakinan seseorang pembeli terhadap sesuatu produk itu," katanya yang juga merupakan Pengarah Kreatif AF Creative kepada Kosmo! baru-baru ini.

Berhubung dengan kesedaran PKS terhadap kepentingan kualiti pembungkusan, Amir Fauzi berkata, tahap kesedaran mengenai perkara di kalangan pengusaha PKS masih rendah.

"Antara punca yang menyebabkan perkara ini terjadi ialah pengusaha itu berasa kurang yakin atau kurang memahami kepentingan sesuatu pembungkusan.

"Selain itu, ada juga pengusaha yang tidak tahu cara untuk mendapatkan pembungkusan yang baik dan beranggapan ia melibatkan kos yang tinggi," jelasnya.

No comments:

Post a Comment