21 Jul, 2011 (All day)
Sumber: Utusan Malaysia
Online
Oleh HAMIZUL
ABDUL HAMID
SEBUAH
institusi zakat mestilah beraksi sebagai entiti yang bersaing dalam pasaran.
Sungguh pun pesaing langsungnya mungkin tiada, kerana institusi zakat bermain
di padangnya sendiri (dalam konteks Malaysia, mengikut wilayah dan negeri masing-masing),
namun ia masih bersaing dengan pelbagai pesaing tidak langsung yang sentiasa
menarik prospek zakat daripada mendekati institusi zakat.
Apa yang
dimaksudkan dengan pesaing tidak langsung ini ialah segala sesuatu yang mampu
menyebabkan seseorang yang sudah layak berzakat tetapi gagal melunaskannya
kerana halangan tertentu.
Sebagai contoh,
mungkin kerana dia membuat terlalu banyak komitmen kewangan, hutang peribadi
dan pelbagai pembiayaan lain sehingga gagal menjadi seorang muslim yang baik
dan sentiasa mengutamakan zakat dalam kalendar tahunan hidupnya.
Maka, dalam
konteks ini kita boleh menganggap institusi kewangan lain, bank misalnya dan
juga segala jenis perniagaan yang menawarkan kredit kepada pengguna adalah
pesaing tidak langsung kepada institusi zakat.
Seandainya
institusi zakat gagal menarik perhatian prospek, maka pesaing-pesaing inilah
yang berjaya mencuri perhatian dan seterusnya 'wang' mereka.
Oleh itu, produk
zakat perlu dijenamakan semula agar ia menjadi lebih catchy dan
menarik untuk 'dibeli'. Ayam goreng biasa jika ditukar kepada 'ayam goreng madu
bersalut rempah', bukankah lain bunyinya.
Demikianlah
keadaannya, zakat.Al-mal al-mustafad mungkin tidak mampu menarik orang untuk
mengenalinya; berbanding ditukar kepada 'zakat pendapatan'.Ini kerana, manusia
hari ini majoritinya berkerja dan memperoleh pendapatan. Maka ia lebih dekat
dengan mereka.
Penjenamaan juga
boleh dibuat ke atas kaedah pembayaran zakat.Zakat melalui potongan gaji, boleh
sahaja dijenamakan sebagai 'Skim Berkat'.
Di samping lebih
mudah diingat apatah lagi disebut, ia juga meninggalkan satu kesan pada kalbu
manusia, iaitu 'berkat.' Ia lebih melunakkan manusia untuk mendekatinya
berbanding hanya disebut 'zakat potong gaji' sahaja.
Masih banyak
contoh lain, misalnya 'zakat online' yang memudahkan pembayaran menerusi
Internet walau di mana sahaja dan bila-bila masa, juga 'K-zakat', yakni kaedah
pembelajaran zakat secara 'online' sehingga ke peringkat memberikan seseorang
itu menaksir sendiri zakat dirinya.
Segmentasi
jenama
Dalam pada itu,
satu perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah aspek segmentasi
penjenamaan zakat. Ini kerana, perubahan zaman menyaksikan perubahan dalam
aspek sumber perolehan harta kekayaan manusia.
Satu masa dahulu,
penternak mungkin kaya, namun tidak lagi kini.Begitu juga, satu masa dahulu
pemilik pertanian mungkin dianggap kaya, tetapi mungkin tidak lagi sekarang.
Hari ini, sumber
kekayaan diperolehi daripada pelbagai jalan lain. Misalnya, seorang doktor
pakar memperolehi kekayaan hasil kepakarannya.Seorang penulis mungkin mendapat
kekayaan hasil honorarium penulisannya.
Penggubah lagu
dan penyanyi, mungkin menjadi kaya-raya dengan bayaran royaltinya.Seseorang
yang pandai membaca senario ekonomi semasa, mungkin mencipta kekayaan dengan
permainan saham di Bursa Malaysia.Maknanya, hari ini kekayaan lebih disebabkan
oleh kerjaya.
Maka, institusi
zakat perlu merangka strategi yang paling sesuai agar mengena dengan
sasarannya.Jika mahu memancing haruan, apakah umpannya? Pasti tidak sama dengan
memancing ikan tilapia.
Maka, institusi
zakat perlu memfokuskan kepada segmentasi yang sesuai.Misalnya lebih
memfokuskan kepada zakat pendapatan berbanding zakat ternakan.Sesuai dengan
ramainya orang yang terlibat dalam dunia 'pendapatan' ini.
Di samping itu,
seiring dengan pemilihan segmentasi penjenamaan produk zakat yang tepat, maka
institusi zakat perlulah merangka apakah strategi yang mampu mencipta daya
tarikan kepada umat Islam, khususnya dalam menghadapi persaingan yang telah
disebutkan di atas tadi.
Misalnya,
institusi zakat perlu merangka suatu sistem pembayaran yang berkesan, tanpa
tunai misalnya dan hanya dengan menekan butang telefon bimbit atau dengan
sekadar satu panggilan, segalanya selesai.
Kemudahan ini
akan memberikan keselesaan berganda kepada masyarakat dan membolehkan mereka
melunaskan tanggung jawab sebagai seorang muslim dengan mudah dan cepat tanpa
perlu menunggu nombor giliran di kaunter bayaran.
Tidak dinafikan,
pembayar zakat juga akan menjadi lebih tertarik jika dijenamakan juga di
dalamnya dengan suatu pakej, contohnya dua dalam satu.
Ini biasa
dilakukan oleh pelbagai pesaing.Misalnya produk 'A' membolehkan seseorang itu
menyimpan sambil melabur - institusi takaful sering menawarkan pakej ini.Maka,
kenapa tidak institusi zakat?
Dalam hal ini,
institusi zakat boleh bersinergi dengan mana-mana institusi bagi menawarkan
perkara yang sama. Setakat ini, antara contoh paling ideal ialah rebat cukai
pendapatan yang diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Rebat cukai ini
adalah senjata paling ampuh dalam menarik prospek untuk melunaskan zakat
mereka. Ini kerana, semakin banyak mereka menunaikan zakat, maka semakin
banyaklah mereka mendapat rebat ke atas cukai pendapatan mereka.
Namun begitu,
institusi zakat tidak sewajar hanya berasa cukup dengan pakej itu
sahaja.Mungkin pakej dengan Lembaga Tabung Haji boleh diterokai.Misalnya
pembayar zakat bertuah berpeluang mengerjakan haji dengan pembiayaan ditanggung
oleh institusi zakat berkenaan dan sebahagiannya lagi oleh pihak tabung haji.
Begitu juga pakej
dengan institusi takaful, misalnya mereka yang berzakat boleh mendapat pelan
perlindungan diri untuk setahun dan sebagainya lagi.Inilah pakej dua dalam satu
yang mampu menarik lebih ramai prospek zakat, insya-Allah.
Aspek penjenamaan
semula adalah penting dalam dunia perniagaan.Kendatipun zakat adalah satu
ibadah yang rukun sifatnya.Namun kemampuan sesebuah institusi zakat
mentransformasinya kepada suatu imej baharu adalah suatu nilai tambah yang baik
dan memberikan keuntungan kepada agama Islam dan seluruh umatnya.
Oleh itu,
inisiatif mengkomersialkan zakat hendaklah ditinjau daripada kaca mata
positif.Bahkan usaha itu perlu dimulai dari sekarang, disertai dengan impian
dan keazaman yang kukuh merealisasikannya.
Makluman: Artikel
ini dipetik secara langsung dari akhbar Utusan Malaysia
Online pada 21
Julai 2011.
No comments:
Post a Comment