SPONSORED ADVERTISEMENT

Wednesday 20 June 2012

Kajian Penjenamaan Trump Tower (Part 1)



Ditulis oleh Nazri Kadir pada 21 Jun 2011 dalam Tip Perniagaan Share28

Trump Tower New York ini siap sepenuhnya pada 30 November 1983.Bermula dari detik itu. Maka muncullah tapak asas sebuah perniagaan yang akan menjadi empayar dunia hartanah. Ia juga menjadi mercu tanda kebanggaan warga New York kerana di sinilah kota industri hartanah dunia.

Anda telah didedahkan bagaimana jenama TRUMP bermula.Juga kisah di sebalik Trump Tower New York yang menjadi lokasi utama siri realiti televisyen The Apprentice.Kini tiba masanya untuk kita membuat kajian berkenaan jenama TRUMP berdasarkan empat artikel yang terdahulu.Apa yang dipaparkan tentang Trump dalam mana – mana penulisan saya adalah satu kaedah asas pengkajian dan sudah pasti ianya memerlukan kesesuaian konsep yang membolehkan kita mengaplikasikan kaedah Trump meskipun dunia kita berbeza.

Siri Kajian Penjenamaan Trump Power

Berikut adalah panduan penjenamaan yang boleh kita praktikkan hasil kajian penjenamaan Trump Tower.

    1. Jenama Adalah Apa Yang “DiJual”.
    2. Penjenamaan Mempunyai Beberapa Elemen.
    3. Jenama harus mempunyai identiti.
    4. Identiti Jenama ditentukan oleh beberapa faktor.
    5. Motivasi Penjenamaan
    6. Jenama Adalah Apa Yang Anda “Jual”.

Ya.Jika anda mempunyai sesuatu atau mewakili sesuatu.Anda perlu membina jenama.Kita sering dimomokkan bahawa jenama hanya untuk perniagaan.Lebih teruk lagi kita digembar-gemburkan pula bahawa jenama tidak perlu untuk perniagaan kecil.

Tanggapan ini membawa kepada persepsi umum untuk tidak mengendahkan tentang penjenamaan.Walhal, kita mempunyai produk yang baik dan berkeupayaan untuk menguasai pasaran.Namun disebabkan momokan negatif penjenamaan yang telah meresap ke dalam minda.Kita secara sedar sengaja mengabaikan aspek penjenamaan.

Oleh itu, selagi anda mempunyai sesuatu yang ingin ditawarkan.Baik untuk keuntungan atau bukan berasaskan keuntungan (non profit organization).Rancanglah jenama anda.

Menjual tanpa jenama ibarat kita memancing tanpa mempunyai tali pancing milik sendiri.Setiap kali kita ingin memancing. Kita perlu meminjam tali pancing orang lain. Biarpun setiap kali kita memancing akan membawa hasil pancing yang lumayan. Namun ianya tidak bersifat lestari.Bertempoh untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Keesokannya, kita masih perlu meminjam tali pancing orang lain dan menacing lagi sekali untuk meneruskan kehidupan.

Jenama Membawa Bisnes Jangka Hayat yang Panjang

Sebaliknya, dengan mempunyai jenama. Anda akan mempunyai sesuatu bersifat jangka panjang. Kehebatan produk dan servis anda akan lebih senang untuk dijual kerana ianya berasaskan jiwa dan roh tersendiri. Jika hari ini anda mempunyai resipi nasi lemak yang paling lazat dan laris jualannya di kawasan anda.

Pendapatan yang diperolehi ini belum tentu akan berkekalan jika anda jatuh sakit atau sudah tidak larat untuk menyediakan dan menjual nasi lemak yang sememangnya mempunyai kelompok pelanggan yang setia. Akibatnya, produk anda akan semakin hilang di pasaran dan seterusnya membawa kepada kemerosotan kewangan.

Namun, jika anda mempunyai jenama dan anda sempat berkongsi serta bekerjasama dengan pihak lain untuk menjual nasi lemak dengan jenama anda. Contohnya saudara mara atau adik beradik.

Pasaran tetap akan memperolehi nasi lemak anda yang lazat itu biar pun bukan anda yang menyediakannya. Perkongsian resipi dan ramuan nasi lemak anda itu membolehkan ianya terus dijual.Walau siapa yang menjualnya. Orang tetap ingat dan tahu bahawa ianya resipi anda kerana ia dijual atas nama anda.

Jenama Boleh Memberikan Pendapatan Pasif

Dengan cara ini juga, anda berkeupayaan untuk menfrancaiskan perniagaan anda suatu hari nanti. Seterusnya, tetap memperolehi pendapatan walau mungkin tidak sehebat dulu. Ingat, jenama adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan pasif.

Kesimpulannya.selagi anda mempunyai produk dan servis yang melibatkan orang ramai. Maka binalah jenama anda kerana mudah untuk anda “menjual” suatu hari nanti. Jenama akan membolehkan anda memperolehi pendapatan berpanjangan kerana anda telah menjual jenama melalui produk dan servis yang anda jual pada hari ini. Trump membina jenamanya untuk masa hadapan dengan memulakannya ketika beliau belum dikenali.

No comments:

Post a Comment