Tercapaikah
impian pengguna ? Sejauh manakah peranan jenama dalam mereliasasikan cabaran
kereta nasional kita?
Tidak lama lagi
iaitu sekitar tahun 2015, perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA )
akan menjadi kenyataan. Kabarnya, pembukaan pasaran bebas se -ASEAN itu akan
bermula dengan pembukaan sektor komoditi terlebih dahulu sebelum menginjak ke
beberapa sektor yang lain dan tidak terkecuali sektor otomobil ini. Sektor
otomobil ini bakal menjadi sektor utama yang akan hangat di perbincangkan.
Ada yang
meramalkan harga kereta baru bakal jatuh menjunam. Pelbagai telahan mungkin
akan dibuat mengenainya. Berbagai teori dispekulasikan, bermacam firasat
diketengahkan. Hal yang sedemikian diberitakan mungkin terjadi ekoran kesediaan
Malaysia untuk mengurangkan duti impot kepada kenderaan impot sepenuhnya
menjelang tahun 2015 mengikut persetujuan AFTA.
Sekarang ini pun
kita dapat melihat bahawa gergasi otomobil dunia sudah berlumba-lumba memasuki
pasaran ASEAN. Syarikat gergasi otomobil seperti Honda sudah bertapak lama di
Thailand, manakala Toyota pula bertapak di Indonesia. Mereka telah mula
mengeluarkan ( manufactured ) kenderaan jenama mereka secara sepenuhnya
daripada Negara berkenaan. Bukan setakat aktiviti pemasangan ( assembly )
sahaja. Di Negara kita, BMW , Hyundai dan Mercedes masih lagi mengamalkan
aktiviti pemasangan manakalaKIA dengan kerjasama NAZA sudah pun mempunyai
kilang pengeluarannya sendiri di Gurun,
Kedah. Ini adalah diantara inisiatif awal yang dilakukan mereka sebagai
persediaan menjelang pembukaan AFTA itu nanti. Kebanyakan yang membina kilang
pemasangan jenama masing-masing adalah sebagai salah satu strategi untuk lebih
berdaya saing apabila AFTA diperkenalkan nanti. Syarikat otomobil lain seperti
Volvo dan Nissan juga sudah sejak sekian lama turut mengambil inisiatif yang sama
di Thailand, Singapura, Indonesia, dan Filipina.
Diberitakan
bahawa pada waktu itu semua kenderaan yang dikeluarkan dinegara ASEAN dan
mempunyai lebih 40% bahan tempatan akan mendapat pengurangan cukai yang cukup
tinggi.
Mengikut
perancangan, tarifdari 0 hingga 5 peratus duti impot akan dikenakan untuk
kereta yang diimpot dari lain-lain Negara ASEAN yang telah memenuhi kuota
penggunaan lebih 40% bahan tempatan itu tadi. Ini berkemungkinan akan
menyebabkan harga kereta baru yang diimpot dari Negara jiran akan menjadi jauh
lebih murah daripada sekarang ini. Justeru, mungkin ada harapan untuk rakyat
Malaysiadapat membeli kereta berjenama dunia pada harga yang mampu milik.
Jenama-jenama ini
lah yang terbayang-bayang di benak pemikiran segelintir rakyat Malaysia kerana
sudah pastinya setelah sekian lama merekaberoperasi di Negara-negara berkenaan,
semestinya jenama berkenaan sudah pun menggunakan bahan tempatan lebih daripada
kuota yang di syaratkanafta.
Semakin hari
semakin dekat kita untuk menuju ketarikh keramat itu, semakin banyak
sosek-sosek yang kita boleh dengari dimana-mana. Persoalannya, apakah mampu
untuk kita menanti selama tiga tahun lagi? Walaupun penjimatan tinggi menjadi
impian dihati, namun kita masih lagi skeptikal tentang apa yang boleh terjadi
apabila tiba masanya nanti.
Kesetiaan kita
selama 27 tahun mendokong aspirasi Negara dan sanggup jatuh bangun bersama
kereta nasional kita, Proton memang tidak usah diragui. Hanya mungkin bagi
sesetengah warga Negara, pembukaan pasaran bebas ASEAN ini nanti akan dapat
membantu mereka untuk mengubah selera, manakala sesetengah yang lain akan kekal
bersama jenama tempatan yang ada.
Menurut“Insider
Asia”, didalam artikel mereka mengenaiindustri pemotoran di Malaysia yang
disiarkan oleh majalah “ Personal Money “,November 2001, prestasi baik Proton
dan Peroduapada masa itu dan akan datang dimana mereka boleh mengungguli
pasaran otomobil setempat adalah banyak bergantung kepada tahap dan jumlah
pengecualian cukai yang dinikmatinya. Pengurangan cukai pada tahap paling
rendah itu berbanding dengan yang dikenakan kepada syarikat antarabangsa yang
lain membolehkan mereka kekal bersaing dipasaran tempatan sehingga kehari ini.
Walaupun pada ketika ini diakui Proton dan Perodua tidak lah se-gah dahulu
tetapi mereka masih boleh bernafas di celah-celah lawan yang terbukti amat hebat
percaturan perniagaannya. Duti eksais
yang dibayar juga amat rendah berbanding dengan syarikat pemotoran lain yang
bukan bertaraf nasional atau tempatan.
Sehubungan dengan
itu, adalah dijangka, dengan tiadanya pelbagai duti dibawah AFTA nanti, maka
harga kereta impot dari luar Negara termasuk dari Negara ASEAN tidak lah akan
semahal hari ini. Begitulah congakan dan anggaran kasar pengguna dan peminat
kereta di seluruh Negara.
Namun demikian
pada hemat penulis , pengguna tempatan tidak perlulah bersusah payah
menangguhkan pembelian kereta mereka sehingga tahun 2015 dengan harapandapat
memperoleh kereta berjenama impot dengan harga murah, kerana realitinya,
perbezaan harga yang bakal berlaku tidak seberapa.
Kenyataan ini
mungkin ada kebenarannya. Hal yang demikian boleh berlaku kerana pada pendapat
penulis, tidak ada sebuah pun kerajaan di dunia ini yang akan membiarkan sumber
kewangannya hilang begitu sahaja. Mana-mana kerajaan sekalipun pasti akan
mengkaji semula dan akan mengenakan tariff yang lain (otherformoftariff) untuk
menggantikan kekurangan pendapatan akibat dari penurunan tariff duti impot
selepas perlaksanaan AFTA 2015 nanti. Seperkara lagi, syarikat pengeluar dan
penjual otomobil juga pasti tidak mahu menurunkan harga jualan tetapi
sebaliknya akan menambah pelbagai aksesoritambahan supaya mereka dapat
mengekalkan harga ditahap yang asal .
Kerajaan juga di
kabarkan akan memastikan agar jumlah kemasukan kereta impot dari Negara-negara
ASEAN berkurang sebanyak dua puluh peratus daripada jangkaan bilangan masuk
sebenar untuk menjaga industri otomobil nasional. Hal yang demikian tentunya
akan menyebabkan berlaku persaingan dikalangan pembeli untuk merebut jumlah
kereta impot murah yang sedikit bilangannya di pasaran.
Apabila
berlakunya persaingan, jika dilihat daripada terma ekonomi, iaakan mewujudkan
situasi permintaan melebihi penawaran. Jika fenomena ini berlaku, maka wakil
pengimpot (import dealers ) pastinya akan menjual otomobil berkenaan kepada
pembeli yang mampu membayar harga terbaik kepada mereka.
Permintaan yang
tinggi akan menyebabkan harga meningkat, apatah lagi jika produk itu bukan
barangan kawalan kerajaaan seperti beras, gula, tepung dan sebagainya. Harga
otomobil pasti bergerak turun dan naik mengikut permintaan di pasaran.
Penurunan harga tidak mungkin akan terjadi.
Menjelang
perlaksanaan AFTA dalam industryotomobil nanti, terdapat banyak lagi factor
lain yang dibawah kawalan dan diluar jangkaan yang akan membantu mengekalkan
kestabilan harga kenderaan impot, berbanding otomobil keluaran tempatan.
Misalnya, kadar
naik turun nilai mata wang Negara-negara ASEAN, gesaan kerajaan supaya satu
keluarga hanya boleh memiliki maksimum tiga buah kereta untuk mengawl jumlah
kenderaan yang ada di jalan raya atau pun untuk mengurangkan pencemaran udara
dan mengawal kesesakan lalulintas dan cadangan untuk memperkenalkan Sijil
Empunya Kenderaan ( CertificateOfOwnership- COE ) seperti yang dilaksanakan di
Singapura adalah beberapa langkah terbaik bagi menjana kestabilan tersebut.
Malah kerajaan
pasti mempunyai beberapa strategi lain yang tentunya dapat mengurangkan kesan
pengurangan duti impot ini keatas pendapatan Negara. Antara yang boleh
dilakukan adalah dengan menurunkan tahap pembiayaan kereta impot kepada 50%
atau 55% sahaja. Ini bermakna pembeli perlu menyediakan sejumlah wang deposit
yang besar jika berkeinginan untuk membeli kereta impot. Manakala bagi
kenderaan nasional pula, margin pembiayaan 90% bolehterus dikekalkan.
Melihat kepada
fakta-fakta yang ada dan kemudian melihat pula kepada arus perkembangan masa
kini, yang mana kebanyakan pengeluar kereta antarabangsa telah berusaha
memperkuatkan kehadiran mereka di rantau ASEAN dengan mengubah beberapa
strategi perniagaan, termasuk mengambil alih aktiviti pemasangan dan tampuk
utama pengedaran sambil mengurangkan peranan pemegang francais ke tahap wakil
pengedar sahaja dapat memberi bayangan kepada kita bahawa persaingan harga
anatara jenama nasional dan jenama antarabangsa jika berlaku sekalipun, tidak
akan begitu ketara.
Sehubungan dengan
itu, strategi pembangunan jenama adalah amat penting bagi mereka untuk terus
kekalrelevan dalam percaturan menguatkan kedudukan mereka di rantau ASEAN. Peletakan
imej yang tepat dan pembangunan jenama yang berterusan perlu dilakukan tanpa
gagal. Dengan melakukan semua kativiti utama ini secara sendiri, syarikat-syarikat iniakan dapat memahami akan
kehendak pasaran ASEAN dengan lebih baik dan mereka akan lebih arif untuk
menangani sebarang masaalah yang bakal timbul. Malah bukan itu sahaja, mereka
juga boleh menghidu peluang dengan lebih pantas.
Jika kita gunakan
“commonsense”, seandai syarikat-syarikat inisudah tahu sedari awal bahawa
perang harga akan berlaku dan ianya pula tidak akan menguntungkan mereka,
kenapa hari ini mereka berlumba-lumba datang mengembangkan sayap perniagaan ke
Negara ASEAN . Penulis berpendapat bahawa mereka datang ke sini untuk
memastikan jenama mereka terus unggul sambil mengintai peluang di sebalik
kealpaan syarikat otomobil tempatan yang kurang pengalaman bersaing secara
global.
Penulis menjangkakan,
persaingan hanya akan lebih tertumpu pada pembinaan jenama. Dengan kemasukan
Cina kedalam Organisasi Perdagangan Dunia (WTO), persaingan akan menjadi hebat
dan nyata. Setiap barangan berjenama tesohor akan kekal bergaya, manakala
jenama yang biasa-biasa harus berentap dari segi harga dan sebagainya.
Menjelang tahun
2015 nanti, pasaran terbuka ASEAN merangkumi sasaran seramai 550 – 600 juta orang dan setiap perniagaan
pula harus beroperasi secara global. Pada ketika itu, tiada jaminan bahawa pasaran
setempat akan terus dikuasai. Peluang untuk meneroka pasaran baru sememangnya
luas terbukadi hadapan mata, dan tampak begitu berpotensi tetapi jangan lupa
bahawa di sebalik keghairahan itu, risiko perniagaan yang tinggi memang sedia
menanti.
Jika dikira
dengan kemasukan pasaran Cina, kawasan sasaran menjadi semakin besar dan luas
iaitu pada sekitar 1.9 billion penduduk. Dengan Cina yang mempunyai kelebihan
dalam segala bidang sama ada daripada kos pengeluaran yang murah, sumber
tempatan yang banyak, penggunaan teknologi tercanggih masa kini, malahan boleh
pula menawarkan produk pada harga yang kompetitif menampakkkan industri
otomobil pada masa hadapan tidak akan mampu bersaing dalam bentuk harga
semata-mata..
Baru-baru ini,
Proton melancarkan model global Proton Preve pada 17 hb April 2012 dengan
harapan untuk memperkuatkan jenama itu. Proton juga telah mensasarkan bahawa
jenama Preve ini adalah jenama ekspot sepenuhnya selain di keluarkan juga untuk
pasaran tempatan.
Proton menyedari
bahawa adalah terlewat jika mahu menunggu sehingga tahun 2015 baharu di keluarkan
model ekspot kerana jenama Proton itu sendiri perlu dibina sedari awal di
Negara jiran tetangga memandangakan persaingan yang bakal tiba bukan lah
calang-calang hebatnya. Dengan pembukaan ruang niaga lebih bebas itu, Proton
tampaknya harus lebih bersiap sedia kerana jika kurang persediaan, pertarungan
yang sengit bakal menanti daripada jagoan ternama di persada ASEAN sana.
Walaupun Proton
sudah dikenali di Filipina, brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura namun
sedak beberapa tahun kebelakangan ini Proton memang agak perlahan dan kurang
memberikan tumpuan kepada aktiviekspotnya. Pelancaran Preve dapat dilihat
sebagai usaha Proton untuk memacu kembali usaha ekspotnyadisamping membina
jenama dan kepercayaan pasaran ASEAN terhadap jenama itu menjelang AFTA 2015.
Hanya dengan penjenamaan dan imej yang mantap Proton akan dapat bertahan dan
terus berdaya saing.
No comments:
Post a Comment