Isnin, 8 Ogos 2011
Sumber: Anonymous ( misplaced, harap maaf)
Datang dengan motto "Seperti semut menghurungi
gula". Ia menunjukkan di mana kedai kita akan dikerumuni orang ramai yang
ingin membeli produk kita. Seminar yang dihadiri oleh peniaga-peniaga
seluruh negeri Johor itu memberikan banyak manfaat buat peserta seminar
kerana belajar satu sistem pemasaran terkini menggunakan sms. Setiap peserta
telah diberi satu database yang lengkap dengan diajar teknik bagaimana
untuk mengumpulkan list senarai pengguna handphone sehingga bagaimana
kita dapat menghantar sms ke setiap bakal atau bekas pelanggan dengan hanya
sekali klik.
Sistemnya lebih kurang sistem autoresponder yang kita
pernah guna untuk bisnes internet. Trainersensasidan terkenal di
Malaysia, Dr. Azizan Osman juga mengganakan sistem dari Richbucks ETSI.
Terima kasih buat trainer saudara Saiful Muskrizam juga CEO
bagi Richbucks ETSI yang mengingatkan saya lagi berkenaan slogan.
Satu slogan seterusnya telah menjadi jenama bagi ayam goreng
KFC sebelum ini adalah "Finger lickin good.." Contoh lain adalah
slogan bagi penerbangan tambang murah AirAsia pula adalah "Now Everyone
Can Fly" telah terpahat di minda orang ramai. Itulah kesan jenama menerusi
slogan. Tapi bagi peniaga kecil, slogan seperti KFC tu tak perlulah ikut, sebab
kuasa pemasaran mereka sudah besardan meluas, dah terkenal pun.
Bagi peniaga yang belum lagi nak terkenal ni slogan bagi
produk atau perkhidmatan mestilah lebih spesifikdan tidak terlalu umum. Ini
kerana jika anda seorang penjual resepi masakan seperti menjual tepung adunan
ayam goreng manakala contoh slogan anda pula adalah "Keenakan yang tiada
bandingannya.." ia akan menjadi kurang berkesan. Sebab apa?
Sekiranya saya menutup gambar ayam gorang pada bungkusan
plastik jualan produk tersebut, tidak ramai orang akan tahu apakah produk
sebenar yang kita ingin jual. Seterusnya hasilpenjenamaan produk kita yang cuba
dilekatkan diminda orang ramai kurang memberi impak yang baik. Slogan haruslah
kreatif, lain dari yang laindan menggambarkan berkenaan produkdan jangan
terlalu umum.
Sebagai contoh, kita boleh meletakkan seperti ini
"Keenakan ayam goreng dari resepi istimewa.." atau jika mahu lebih
diingati generasi kini mungkin boleh diletakkan seperti ini "Tepung ayam
goreng yang best giler!"
Tujuan kita meletak slogan seperti itu adalah supaya produkdan perkhidmatan kita akan mudah diingatidan tertanam diminda orang ramai selain ia lain dari yang lain.
Tujuan kita meletak slogan seperti itu adalah supaya produkdan perkhidmatan kita akan mudah diingatidan tertanam diminda orang ramai selain ia lain dari yang lain.
No comments:
Post a Comment