Apakah yang
dimaksudkan dengan jenama? Secara umumnya jenama boleh ditakrifkan sebagai satu
nama, logo, simbol, terma atau tanda perniagaan, atau gabungan di antaranya
yang bertujuan untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan kepunyaan
seseorang penjual, berbanding dengan penjual yang lain dan untuk membezakan
produk daripada para pesaingnya.
Dewasa ini,
penjenamaan dipandang semakin penting sebagai senjata utama sesebuah
perniagaan. Hampir semua produk dan barangan perkhidmatan mempunyai jenama.
Dana yang pasti, hanya yang berjenama akan terus berada di pasaran manakala
yang tidak berjenama akan ketinggalan dan pupus di peringkat awal persaingan.
Di Malaysia,
dapat dilihat contoh yang paling ketara berkenaan dengan konsep jenama ini. Air
mineral yang dibotolkan misalnya. Adakah anda sanggup membayar sejumlah RM1.60
untuk sebotol 1.5 liter air mentah sekiranya ia tidak berjenama?
Sedangkan dalam
masa yang sama, negara Singapura hanya membayar 3 sen untuk setiap seribu liter
air mentah yang dibekalkan kepadanya dari gunung Pulai di Johor. Kedua-duanya
sama; datang daripada sumber yang asli, dari celah batu di kawasan pergunungan.
Kini puluhan
jenama wujud di pasaran. “Goodluck”, “ No Name “, “ Evianwater” dan “Spritzer”,
merupakan contoh jenama air mineral dalam botol yang mewarnai industri
berkenaan di Malaysia.
Bergantung pada
jenama, harganya pasti berbeza. Ada yang berharga rendah dan ada juga yang
berharga premium. Kenapa keadaan ini boleh berlaku? Jawapannya mudah; ada nama
ada harga. Dengan adanya jenama, produk-produk dapat diasingkan dan diletakkan
mengikut cita rasa pengusaha berdasarkan kepada strategi perniagaan
masing-masing. Dalam jangka waktu yang panjang, peletakan yang tepat dan
konsisten akan dapat membangunkan jenama yang terkenal.
Persepsi
pelanggan terhadap sesuatu produk akan terbina. Hal yang demikian akhirnya akan
memungkinkan pengusaha mengenakan harga yang bersesuaian dengan peletakan imej
itu tadi, sama ada pada tahap harga yang terendah, harga biasa, harga sederhana
atau pun pada harga premium.
Siapakah pula
pengguna? Pengguna ada lah individu yang menggunakan barangan dan perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan dan keinginan diri. Setiap pengguna mempunyai nilai,
sikap, pilihan dan tingkah laku yang tersendiri. Kebiasaannya kitaran hidup
pengguna mempengaruhi tingkah lakunya. Sebagai contoh, minat seseorang pengguna
akan berubah-ubah mengikut kitaran tahap umur dan pelbagai contoh kitaran yang
lain seperti kitaran sekeliling, kitaran sahabat handai, dan kitaran ilmu
pengetahuan dan sebagainya. Namun demikian, tidak dapat dinafikan juga bahawa
mungkin ada beberapa sebab dalaman dan luaran lain yang boleh mempengaruhi
gelagat pembelian pengguna.
Seterusnya,apa
kah kaitan yang ada di antara jenama dan pengguna? Seperti yang telah diketahui
umum ,terdapat pelbagai bentuk kempen galakan jualan wujud di pasaran ketika
ini. Ada yang menggunakan iklan, ada yang menggunakan sistem harga, tawaran
jualan, pembungkusan dan juga penjenamaan. Ini adalah di antara contoh titik
pertemuan di antara pengguna dan produk. Jenama merupakan titik pertemuan yang
paling awal di mana setiap mata bakal pembeli akan tertumpu pada jenama sebelum
faktor lain menerobos ke dalam pemikiran mereka.
Dalam artikel
ini, penulis ingin menumpukan perhatian kepada jenama dan peranan yang
dimainkan oleh faktor tersebut terhadap gelagat pembelian pengguna. Jenama
diharapkan akan menjadi panduan kepada pengguna bahawa mereka akan memperoleh
kualiti yang sama setelah membeli pada kali yang pertama.
Malah, bukan
setakat itu sahaja, malahan jenama juga mampu menjanjikan harga yang sama,
fungsi produk yang sama, danbentuk yang sama seperti yang terdahulu. Pengaruh
jenama ini amat kuat. Bukan sahaja di kalangan warga dewasa, malah mampu juga
mempengaruhi para pengguna remaja.
Pengaruh jenama
amat ketara dalam mencorakkan carta perbelanjaan harian kedua golongan pengguna
ini. Namun demikian, golongan pengguna remaja dikatakan lebih mudah terpengaruh
dengan penggunaan sesuatu jenama. Apabila sesuatu jenama yang popular berada di
pasaran, golongan muda inilah terdahulu yang akan berusaha untuk
mendapatkannya.
Ini seterusnya
menjadi ikutan ramai dan wujudlah satu budaya yang mengagungkan sesuatu jenama
di kalangan pengguna. Ramai remaja kini lebih megah apabila memiliki barangan
yang berjenama.
Dari sudut
pandangan kepenggunaan, gejala terlalu mementingkan jenama di kalangan remaja
ini sebenarnya merupakan satu amalan yang tidak sihat. Pola perbelanjaan mereka
perlu diawasi oleh ahli keluarga.
Aspek
kepenggunaan perlu dipupuk daripada peringkat awal umur seseorang dan perlu
diterapkan di dalam sistem pendidikan negara. Hal ini disarankan dengan harapan
dapat melahirkan para pengguna yang berwibawa dan pintar dalam
mencorakkanperbelanjaannya.
Secara
keseluruhannya, pengaruh jenama di kalangan pengguna remaja harus diberi
perhatian daripada peringkat perkembangananak-anak lagi. Kita tidak mahu
melahirkan pengguna yang mengaung-agungkan jenama secara membuta tuli tanpa
menggunakan minda untuk menetapkan daya belinya.
Memang benar,
jenama sering dilihat sebagai cerminan kepada kualiti yang tinggi dan sebagai
satu jaminan kepada kesamaan fungsi, tetapi penggunaseharusnya bijak memilih,
apatah lagi di kalangan remaja agar tidak terpengaruh dengan buaian iklan yang
canggih dan mempesonakan, yang dibawa oleh barangan berjenama hampir setiap
masa melalui pelbagai media tempatan dan antarabangsa.
Perlu ditekankan
di sini bahawa moto “ gaya, mutu dan keunggulan” yang dicanangkan hanya
tertumpu pada kualiti produk terbabit, sedangkan sifat si pemakainya di
kalangan remaja tidak memberikan gambaran yang sebenar.
Ramai remaja yang
terkeliru dengan iklan-iklan barangan berjenama yang menampilkan gaya hidup dan
arah aliran fesyen masa kini.
Di kalangan
pengguna dewasa, kaitan yang rapat dapat dilihat berlaku apabila jenama menjadi
alat untuk mengurangkan risiko. Pelbagai jenis risiko dapat dikurangkan dengan
bersandarkan kepada kekuatan jenama. Antaranya ialah risiko fungsi, risiko
fizikal barangan, risiko sosial dan risiko psikologikal.
Imej jenama, imej
tempat membekal, harga malah kesetiaan
jenama dapat membantu pengguna mengurangkan risiko mereka di dalam setiap
pembelian.
No comments:
Post a Comment